Thursday, December 06, 2012

PetuA ? ?


  • Assalamualaikum...
  • hye! happy thursday ^_^
  • harinih sue nk post perkara yang berfaedah untuk dibaca..
  • semoga baca dan boleh di ambil sebagai rujukan .

okey..firstly sue post nih sebab sue ditugaskan assignmen yang bertajuk "journal kerjaya'' so,sue pilih idola sue ialah Datuk Dr.Haji Fadzilah kamsah.. dari situ,sue dapat banyak pengajaran dan motivasi yang berkesan yang boleh diterima..


oleh itu,sue nak share tentang Petua Mencuci Hati yang diolah  oleh Datuk dr. hj Fadzilah kamsah.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
 

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah
jadikan hatiku bersih”
 

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
 

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
 

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
 

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
 

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
 

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
 

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 

10. Kekalkan wuduk.
 

11. Bersedekah.
 

12. Belanja orang makan.
 

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
 

14. Berkawan dengan ulama.
 

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 

16. Pesan pada orang, jadi baik.
 

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar
orang mengumpat.
 

“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1″

Wednesday, November 28, 2012

Cinta ?

Assalamualaikum.. hai..
happy thursday..
semoga hari ini lebih baik dari semalam.. ^_^

Harinih da msuk ke stahun 8bulan sue bersama dia..sepanjang perkenalan sepanjang berkawan sepanjang bercinta sehingga hari ini..sue masih merasai perasaan untuk bercinta..yelah,lagipun sue pun student lagi.. macam tak sesuai untuk bercinta untuk waktu sekarang..kalau tiada cinta,hidup boring..macam tak biasa hidup tanpa cinta(hai,apapun tak boleh sue ni kan).. ? 

Sue terima kehadiran dia dalam hidup sue seadanya..memang dalam perhubungan banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita lalui apabila ber'couple' nih..sebab sue ada kelemahan sue sendiri..n dia pun ada kelemahan yang tersendiri..tak semua perfect..bila happy dalam perhubungan tuh hanyalah sekejap n sementara sahaja..sue tak rasa yang sue happy walaupun hubungan tuh dalam keadaan happy..entahlah,mungkin ada sesuatu yang membuatkan sue tak happy..

Sue tak minta banyak pun..sue hanya mahukan dia pandai menjaga hati sue..pelbagai janji yang dia ungkap kan..tapi,manusia kan..bila berjanji, mudah dilupai..tapi,yang menerima janji tuh yg akan ingat sampai mati.. sue pun tak sempurna..kadang2 ada juga melakukan kesilapan..tapi,sue tak prnahpun sakitkan hati dia..lain lah kalau dia sakitkan hati sue,sue pun akan sakitkan hati dia juga..biar dua2 merasa..barulah adil kan??? 
hai...kadang2 rasa diri nih jahat sangat..tpi,dia yg nak sue jadi mcm ni..

Sue lupa pulak kan,kenapa topik sue hari ni 'CINTA'?????? ada orang kata cinta itu indah.. dan ada orang kata cinta itu menyusahkan hidupnya sahaja..tapi,pada sue..dua2 tuh memang ada kaitan..perhubungan yang pandai menjaga sahaja baru lah faham erti cinta sebenar..

Ramai yang kata tak semestinya,bercinta lama dialah jodoh untuk kita..sedangkan ada org bercinta lama pun akhirnya,bersama juga kan..dan ada juga bercinta lama,tiada jodoh..so,sue pun tak boleh yakin 100% yang dia adalah jodoh untuk sue..tapi,syg lah kalau bercinta lama tetiba putus begitu saja..kan??? sebab banyak kenangan manis dan pahit lalui bersama..dan perangai pun dah kenal masing2 macam mana..

Tapi,dia ni selalu memberi harapan pada sue yg belum pasti..kadang2 ia membuatkan sakit hati sebab dia cakap "tak serupa bikin"..tapi,slh sue juga sebab terlalu mgharap.. =,=' ..dah dia bagi harapan,msti kita mgharap btl x??haii..ni laa manusia..kadang2 sue diam kan jer..sebab menahan kemarahn..terpaksa korbankan hati yang tengah sakit ni..kalau merajuk pun,dia tak pandai nak ambil hati sue..haii..sabar lah sue.. tapi,kalau terus menerus sabar jer..sampai bila sue boleh sabar??? emm..entahlah..
kadang2 sue terfikir..sue layak or tak..n dia layak or tak untuk sue selamanya???

Sue berdoa semoga dia berubah untuk jadi yang lebih baik demi sue dan family dia..semoga panas baran dan keras kepala dia berkurang..sue tak cakap dia saja..diri sue pun akan berubah untuk jadi yg lebih baik.. 
Kadang2 sue rasa benci sangat kat dia,tapi..dalam masa yang sama sue terlalu rindukan dia...huhu...

okeylah sampai disini saja..bye2..

Tuesday, November 27, 2012

Rinduuu . . ^_^

Assalamualaikum, hai. . .
Da lama rasanya tak update blog..
Mungkin buzy dengan study study study..
and praktical. .
huhu..

Sekarang sue tengah praktikal selama 2 weeks only,walaupun 2 weeks only rasa tak berapa seronok sangat sebab sekejap jer praktikal..start praktikal arituh 19.12.2012 harituh di Hospital ?? (rahsia lah) hehe.. 
Ohh,yer berkaitan dengan tajuk sue arinih,sue rindu kn seseorang yg rasa pada sue da lama tak jumpa.. huhu.. (padahal bru 2 weeks)hehe..ngade2 jer..bytheway, sue memang rasa tak boleh berjauhan dengan si dia..sebab hati sayang sangatkan..

Ditempat praktikal, sue jaga ward family(ward perampuan only) sue tengok anak menjaga seorang ibu tanpa penat lelah melayan karenah ibunya,sue terasa rindu sangat kat mama sue..bilalah sue nak balik nih..huhu..rindu mama sangat2..nanti kalau balik sue nak peluk erat mama..terlalu rindu..sampai terbawak mimpi..i need u mom..
Pada hari semalam,ramai patient admit kat ward..huh,sampai kelam kabut wat keje..mana nak bagi ubat, nebulizer, observation, ECG, blood CNS..n mcm2 lah..huh..letih sangat..kebetulan time tuh time family melawat memang buzy laa ward.. sue dengan kwn2 n staff nurse yg bertugas pun buzy melayan karenah patient..walaupun patient ada 24orang jer..tapi,masih mampu menjaga..hai..mcm mne lah kalau sue da keje sebagai staff nurse di ward nanti..mesti tak dapat nak duduk..sedangkan student lagi, keje dah mcm nih..letih sangat..so,fizikal n mental kena kuat..
Sue sedih sangat bila tengok anak sendiri tak nak jga ibunya di hospital..sampai maki2 ibunya yang sedang sakit..anak apalah yang jenis mcm nih..sue nak jer masuk campur tapi,sue fikir..nanti banyak risiko lak..better sue diam jer..anak patient tuh da balik jer..sue pergi di sisi patient tuh,sue hanya boleh beri nasihat secara psikologi jer untuk menghilangkan rasa kesedihannya..sampai sue berjaya membuatkan patient tersebut tersenyum dan ketawa..Alhamdulillah.. ^_^..so,pada anak2 sekalian,jadilah anak yang solehah n taat pada kedua ibubapa,walau seburuk manapun parents kita,mereka tetap parents kita key.. huahuahuahuahua...i miss mymom soo much.. :'( jelous tengok ibunya mencium peluk anaknya..huhuhhu..tak boleh jadi nih,,nak balik jugak minggu nih..
okeylahh..minggu nih sue praktikal shiff petang,so..doakan kesejahteraan sue..bytheway, thanks sebab sudi invite myblog and baca mystory..bye2..wassalam.. ^_^


Sunday, November 25, 2012

Kelukaan. . .





kelukaan sering muncul dalam kamus hidup setiap insan ..tak pernah ada yang bahagia selamanya di dalam hidup ..kerana ALLAH mencipta kan perasaan kasih ,,cinta ,,suka ,,dan sedih yang membawa kelukaan ..luka di jari masih boleh di ubati ..namun luka di hati memakan masa yang lama untuk pulih ..kadang-kadang ianya tidak akan pulih buat selamanya ..dan itu menyebabkan tertutup nya hati seseorang dari mencuba untuk mencintai insan lain ..sungguh menyaket kan apabila kita mengalami saat-saat kelukaan ..senyuman di bibir tak dapat di kesan bahawa di dalam hati terselit seribu kelukaan yang teramat pedih ..terkadang hati tidak mahu menerima kenyataan yang diri sedang alami kelukaan ..dan itu sebenarnya membuat kan keadaan seseorang berada dalam keadaan yang amat pedih ..jelas di mata yang diri terluka namun masih mahu menafikannya ..perit nya keadaan itu ..kenapa masih nak menafikan sedang kan hati merana menahan tangis ?ianya kerana tidak mahu mendengar insan lain mengatakan yang kita ni insan yang lemah ..tahu tak menangis itu sebenarnya boleh menghilang kan lara yang terpendam di hati ..sakit nya hati apabila kita memendam rasa kecewa ..lagi kecewa di saat dia tidak mempercayai kita dan mula melemparkan kata-kata yang amat menguris hati dan perasaan kita ..tahukah dorang yang setiap insan punyai hati dan perasaan ?sungguh perit pabila dia mendiamkan diri di saat kita memerlukan dia di sisi kita ..kesilapan kita terlanjur mencintai dia membuat kan kita berada di dalam kancah penderitaan ..sesungguh nya aku mencintai dia ..namun kini terasa perlu di abai kan perasaan ini ..mengapa tangan kau lepas kan setelah hati ku kau tawan sayang ..sungguh aku mencuba berubah demi melihat kau bahagia ..namun hanya kelukaan yang aku miliki kini ..aku menerima semua ini dengan hati yang perit ..hati ku bukan untuk di miliki insan yang bakal meluka kan hati aku ..

Hati . . .






hati ..kita berikan hati dekat seseorang untuk bagi dia jaga bukan untuk bagi dia sakiti ..tapi kenapa selalu hati yang di berikan akan mendapat kelukaan yang teruk ? sedar kah kita hati adalah tempat yang paling sensitif untuk di sentuh ..kita sering kali tersalah bagi hati kita dekat seseorang yang tak boleh nak pelihara hati kita dengan baik ..mereka sering meluka kan hati yang tulus mencintai dan menyayangi mereka ..tak sedar kah mereka yang mereka juga mempunyai hati yang perlu di jaga ..kenapa mesti ada istilah terluka jika dah menyayangi ?pelbagai persoalan yang boleh dikait kan ..insan yang terbaik sahaja yang layak mendapat hati ini ..izin kan aku bahagia ..jangan biar kan hati ini di lukai sekali lagi ..cinta itu penting dalam kehidupan seseorang ..tanpa cinta hidup ini tak bersinar ..namun ..apa guna nya cinta kalau sering di lukai ?apa erti cinta pada zaman sekarang ini ?cinta zaman sekarang hanya untuk dipermainkan ..di khianati ..di curangi ..kesakitan yang di rasai pabila semua nya di ketahui kebenaran itu amat sakit ..sesungguh nya aku manusia lemah yang tak pernah sempurna ..cinta yang aku miliki kini hilang jauh dari hati dan hidup ku ..kini aku hidup tanpa sebarang rasa cinta ..kerna cinta itu menyaket kan ..lebih baik menyendiri dari aku biar kan hati aku terus di sakiti dan di lukai ..hati aku bukan untuk kau kecewa kan wahai lelaki ..andai hadir nya cinta sekadar 
untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tak pernah wujud ..

Sunday, June 24, 2012

Cara menyediakan kek batik..

Assalamualaikum..
ramai kawan-kawan saya tertanya-tanya bagaimana nak buat kek batik..
sebenarnya..kek batik lahh yang palik simple nak buat..

Saya akan menerangkan bahan-bahan dan cara membuat kek batik :

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
  • Cara-cara

    1. patah2kan biskut
    2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
    3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
    4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
    5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
    6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


 

 P1010011      09-05-23_16-05      Kek        Image154


sekian. . ^_^ selamat mencuba. . .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...